2011年4月27日星期三

Nota (Bab 1)

1.1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN 
A Definisi Perniagaan 
~Perniagaan-Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.

~Perniagaan merangkumi empat perkara penting:
  *Barangan atau perkhidmatan 
  *Pertukaran nilai
  *Keuntungan perniagaan
  *Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

B Perniagaan dan Bukan Perniagaan 
~Dua bentuk organisasi:
  *Organisasi bermotifkan keuntungan
  *Organisasi bukan bermotifkan keuntungan

~Objektif perniagaan:
  *Keuntungan 
  *Penakatan 
  *Pertumbuhan
  *Tanggungjawab sosial

~Objektif organisasi bukan perniagaan:
  *Meningkatkan penglibatan ahli
  *Mengrekrut lebih ramai
  *Mengubah sikap negatif setengah golongan ke arah positif

C Perniagaan dan Untung
~Keuntungan-Baki pendapatan setelah ditolak semua perbelanjaan pengeluaran ,pemasaran ,dan perkhidmatan daripada jumlah penerimaan.

~Pendapatan diperoleh daripada:
  *Jualan
  *Faedah daripada deposit dalam bank
  *Dividen hasil daripada pelaburan syarikat dalam saham-saham syarikat lain

D Perniagaan dan Ekonomi
~Peranan perniagaan kepada ekonomi:
  *Meningkatkan pendapatan kerajaan
  *Mewujudkan petempatan baru
  *Meningkatkan kemudahan awam
  *Membangunkan industri huluan dan hiliran /sampingan
  *Menawarkan produk berkualiti dan harga berpatutan
  *Mewujudkan peluang pekerjaan
  *Meningkatkan ekonomi negara

E Perniagaan dan Masyarakat
~Peranan perniagaan kepada masyarakat
  *Memenuhi keperluan dan kehendak
  *Mewujudkan peluang pekerjaan
  *Membangunkan masyarakat setempat
  *Menyediakan infrastruktur

F Faktor Pengeluaran
~Faktor pengeluaran -Sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran.Meliputi tanah ,buruh ,modal ,dan keusahawanan
 
G Memenuhi Keperluan dengan Sumber Terhad
*Sumber terhad tetapi pengeluaran tidak terbatas
*Perniagaan bertanggungjawab memenuhi
*Bagaimana ,siapa ,berapa perlu dihasilkan

H Proses Perniagaan
~Prose perniagaan:
  *Menerima input
  *Pemprosesan dan pengeluaran
  *Penghasilan output

I Perniagaan Kini dan Aktiviti Perniagaan Masa Depan
~Cabaran perniagaan pada masa hadapan:
  *Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara
  *Pentingnya perniagaan di peringkat
  *Cabaran teknologi
  *Meningkatkan produktiviti
  *Pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syarikat perniagaan.

沒有留言:

張貼留言